WWFMy WWFMy 190d ago
Karnival Komuniti Sayangi Ulu Muda (KaKSUM) 3.0

Karnival Komuniti Sayangi Ulu Muda (KaKSUM) 3.0

Ogos lalu, KaKSUM kembali memeriahkan Mukim Sok, Kedah buat kali ketiga, meraikan usaha pemuliharaan Hutan Ulu Muda bersama komuniti setempat. KaKSUM bukan sahaja menonjolkan kepentingan pemuliharaan hutan, malah mengangkat peranan komuniti sebagai rakan pemuliharaan WWF-Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival, termasuk Pertandingan Dangau Berhias, Pertandingan Mewarna, Sesi Perkongsian, Booth Pameran, Program Kesihatan dan banyak lagi. WWF-Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama yang membantu menjayakan karnival ini. Jumpa lagi di acara akan datang!